Pusat Tahfiz Perempuan Nur Ikhlas (Perempuan)
*Sila ke laman web mtba.baitulaini.org
Pusat Tahfiz Perempuan Nur Ikhlas dibangunkan adalah bertujuan terutamanya untuk membantu anak yatim dan asnaf. Pusat ini asalnya terletak di Kg. Permata, Kundang tetapi telah berpindah ke Maahad Tahfiz Baitul Aini di Kg. Setia, Kuang, Selangor.
Maklumat dan tujuan masih dikekalkan iaitu untuk mendidik dan membela nasib anak-anak terutama dari golongan yatim dan asnaf dengan harapan mereka dapat menghadapi cabaran di masa akan datang melalui pengajian akademik atau tahfiz.
Bermula 7 Julai 2013, pentadbiran pusat jagaan atau tahfiz ini
telah diserapkan ke Maahad
Tahfiz Baitul Aini bagi memastikan anak-anak ini terus
dididik mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang-orang yang memelihara anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak." Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).
Lokasi Kini:
Maahad Tahfiz Baitul Aini,
PT 478, Lorong Setia 12,
Kg. Setia,
48050 Kuang, Selangor.
Tel: 013-3330283
Lokasi sebelum ini ialah di:
PT 1298, Jalan Permata 2,
Kg Permata, Sri Kundang,
48050 Kundang, Selangor.
Untuk sumbangan, sila salurkan kepada:
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM NUR IKHLAS Bank: CIMB
BERHAD
Akaun: 8600871452